Wednesday, March 3, 2010

Viva Vee! Artikel Pertama Di Akhbar Mingguan Mstar 28/2/10


Salam sejahtera kepada semua pembaca dan salam pengenalan dari saya seikhlas hati. Saya menulis buat pertama kalinya sepanjang umur hidup saya untuk tatapan umum. Siapa sangka sejarah ini sejajar dengan penerbitan sulung suratkhabar Mstar; satu penghargaan yang tidak ternilai bagi diri saya. Satu lagi langkah yang mengorak perjalanan dan pencapaian bagi diri saya secara peribadi, sudah tentu satu pencapaian yang saya rasa cukup terharu dan berbangga kerana kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengarang kepada diri yang kerdil ini untuk menulis dalam ruangan yang tersendiri.

Umum memang tidak mengenali saya dengan dekat kerana itulah pendirian diri saya dari dulu lagi untuk menghadkan dari menjaja cerita peribadi. Alhamdulillah, peminat menerima saya seadanya dan dengan berkat sokongan dari semua saya mencapai apa yang saya ada sekarang ini. Tidak dapat saya membalas segala apa yang telah diberikan, semangat yang disuntik untuk terus berkarya sebagai anak seni; hanya Tuhan yang Maha Esa yang dapat membalas budi anda semua.

Gelaran ‘Perempuan Melayu Terakhir’ adalah satu jolokan nama yang begitu kuat kepada diri saya. Sinonim dengan persepsi itu, saya terus dipahat di mata dan hati peminat sebagai ‘ikon’ seorang perempuan melayu. Apa yang anda tidak tahu adalah saya sebenarnya seorang yang amat ‘adventurous’, bertentang dengan ‘idealistik’ perempuan melayu. Tetapi bagi saya, itulah cabaran bagi setiap perempuan melayu sekarang ini dimana kami harus mengimbangi ciri-ciri kelembutan perempuan melayu, peradaban timur, peradaban agama dan tuntutan arus permodenan. Siapa kata wanita itu hidupnya tak mencabar?

Buat anda semua perempuan timur, tidak kira bangsa atau agama, kita patut berbangga dengan akar umbi kita, asal usul kita, apa yang kita pegang selama ini. Biarlah masa beredar selajunya membawa kita ke hadapan, tetapi jangan biarkan kerana terpahat dengan satu pegangan kita ditakuk dan tertinggal ke belakang. Kita juga boleh menjadi moden tanpa menggadai peradaban kita, bukan begitu?

Terima kasih sekali lagi kepada sidang pengarang dan anda semua yang tidak jemu menyokong saya. Maaf dari saya sekiranya ada mengguris hati. Insyaallah, kita berjumpa lagi minggu hadapan.

Ikhlas

Vanidah Imran

(Saya boleh dihubungi di Facebook – Vanidah Imran FC)

Saturday, February 27, 2010

Isabella



Salam semua!!

Terbaru Vee sedang menjayakan penggambaran drama bersiri 'Isabella' yang akan ditayangkan di saluran Astro. Penggambaran sedang rancak berjalan, lokasi terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan akan diadakan di Dubai, London dan Paris. Vee berlakon disamping Rosyam Nor, Dato Rahim Razali dan ramai lagi. Nantikan tayangannya!

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa... Again!!

Salam guys...

Baru perasan blog ni dah setahun tak update!!! Hahaha... memang kelakar, sejak ada facebook ni asyik melayan fb je. Anyway, i'm back in here, trying to mengomel as usual..

Yes, i just finished my first ever stage-play yang menngerunkan, yep, i did Muzikal Tun Razak from 16 - 20 August at Istana Budaya. Okaylah, ramai yang datang bagi support...seronok memang seronok, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

So, ok, what's happening now? Vee tengah bertungkus lumus membahagikan masanya untuk projek filem 'Misteri Jalan Lama' dan juga latihan teater 'Cuci The Musical'. Penat katanya, mana tak penat ye tak... anyways, saya pula baru habis mengarahkan drama telemovie berjudul 'Suratan Takdir' lakonan Amy Mastura dan Faizal Yusuf untuk RTM.

Jadi apa perancangan sekarang? Tengah memikirkan nak makan apa untuk berbuka.. hehe..

Salam,
Rashidi Ishak.

Sunday, August 24, 2008

Mengintai Ramadhan!

Salam guys!

It's been awhile ya.. sorry ler macam biase... Saya tersangat2 sibuk kebelakangan ini dengan beberapa perkara dan aktiviti yang sedang saya lakukan. Minta ampun ya... Ok dokie, things have been great as usual for us, alhamdulliah di atas keberkatanNya!

Dead Mushroom baru habis menjayakan show terbaru di Kota Kinabalu, Sabah. It was great!
Budak2 sabah memang rock la! gig tersebut sempena menjayakan road tour OAG Merdayka KL Tower, di mana setiap menara tinggi yang ada di Malaysia ni dijadikan tempat untuk para penggiat base jumper meloncat dengan happynye! ni sempena bulan merdeka la. gerun gua tengok diaorang lompat dari menara Tun Mustapha di KK!

Vee pula telah selamat kembali dari London menjayakan Festival Filem Malaysia di sana, seronok sangat dia kata, tapi tak best macam L.A. kat L.A. barang murah. Di London barang mahal sangat (dah convert ke pound memang lah!). Anyway, here are some photos of vee in London.



Gambar kat atas masa Vee berseronok di London, tapi buat kerja sebenarnye.. takde le seronok mana. Yes, tu gambar newly wed Puan Maya dan Nanu! lagi satu tu Vee kat depan theatre apa tah yang tengah mementaskan Les Miserables.

Wohkey, cerita pasal progress Dead Mushroom lak, kitaorang dah nak menuju ke pre-production stage dimana kami akan masuk studio lepas raya untuk EP terbaru, insyaallah! Single 'Nowhere' sekarang tengah dimantapkan lagi arrangementnye. Dan surprise surprise, akan diselitkan juge (tak janji) sebuah lagu melayu! Fuyohhhh!!!

Anyway, kami memang teruja nak perform kembali dan alhamdulillah Sabtu 30 Ogos ni kami akan perform sekali lagi di KL tower! See you guys there yaa!!! Keep on rocking!

And to all you muslimins, happy ramadhan!

Truly,
Rashidi Ishak

Monday, July 14, 2008

UnDead Mushroom!



KL Indie Fest 08, 5hb Julai di KL Tower.



Dead Mushroom circa 1997, dari kiri Mike (bass), Pojie (gitar), Zul (dram), Faiz (THE VOCAL) and Shidi (gitar).

Dead Mushroom 2008 dan 20 kg kemudian! Dari kiri, Mike, Pojie, Faiz, Shidi dan Zul.


Salam! Yez.. Dead Mushroom is undead! Ok, maybe some of you yang dah dengar tentang kemunculan kembali band saya, Dead Mushroom. Di poster KL Indie Fest 2008 tertera nama kumpulan Dead Mushroom (reunion). Reunion? Sebenarnya, kami tak pernah berpisah pun. Cuma semua ahli band sibuk dengan kerjaya masing-masing. Termasuklah yang ikhlas ni, sibuk dengan bidang lakonan dan pengarahannya!!

Dead Mushroom performed 4 lagu untuk lepas geram kepada peminat yang tak jemu-jemu menyokong kami. Thanks guys, you guys rock! Kami tengah buat preparation untuk menyiapkan single terbaru kami, 'Nowhere'. So, please be informed ya, nanti kami akan perhebah-hebah kan lah! Official website pun tengah dalam pembikinan, so, bersabar ok. Anyways, thank u again for supporting us!!
Love and peace!
Rashidi Ishak.

Saturday, July 12, 2008

Cepat Masa Berlalu!



Salam! Hai semua, pejam celik dah dekat bulan saya tak blog. Sori lah, memang boring masuk blog saya yang jarang update ni. Tapi takpe, saya akan berblog sedikit sebanyak apa yang dah kami lakukan sepanjang mei, jun, julai ni.




Vee tengah meletup dengan cerita Ali Din yang sedang ditayangkan di TV3 dan TV9 sekarang ni.
Kelakar tengok Vee melakonkan watak penyanyi dangdut yang oppurtunis dan menggedik! Kami mendapat banyak respons dari kalangan peminat yang menonton, biasalah, ada yang memuji dan tak kurang juga yang tak berapa nak suka watak Vee tu. Di sini saya nak bagitahu, Vee realitinya bukanlah sebegitu, hehe, jangan tertipu dengan lakonannya yang berkesan tu! Watak gedik adalah kehendak skrip dan juga permintaan pengarah, Raja Ahmad. Tapi best kan kita dapat melihat perbezaan lakonan Vee! Saya sendiri enjoy menonton Ali Din! Saya harap anda semua pun sama!











Di majlis pelancaran Ali Din, dari kiri, Hans, Azlina, Vee, Umie, Raja Ahmad dan Harun.


Berbalik cerita saya pula, saya tengah sibuk denngan bisnes saya. Mungkin ada antara anda yang pernah melihat iklan saya di surat khabar. Whizz Portal, portal DIY yang mesra pengguna. Saya dah siapkan portal rasmi saya http://www.rashidiishak.com/. Berkunjunglah kalau nak tengok betapa gempaknya portal yang saya buat sendiri! Buat sendiri! yep, saya hanya mengambil masa 6 jam sahaja siapkan portal saya tu. Jadi, sekarang tengah seronok promosi portal diy tu lah.. sekarang road tour malaysia, baru selesai buat kat JB minggu lepas. This weekend saya akan berada di Ipoh (20hb Julai). Jadi siapa yang dah sign up hi-tea tersebut, c u there!

Oh yes, sebelum saya mengakhiri celoteh saya ni, Vee baru menerima satu tawaran untuk bergandingan dengan satu produksi yang bakal diterajui oleh pelakon Bollywood dan Hollywood. InsyaAllah, jika diizinkanNya, dapatlah Vee melebarkan sayap ke luar! Sememangnya kita semua tahu betapa berbakatnya Vee, cuma masa sahaja yang menjadi penentuan untuk kita melihat berapa jauh Vee boleh menggilapkan lagi kerjayanya yang semakin bersinar!


Terima kasih semua, love n peace!
Rashidi Ishak.

Friday, June 20, 2008

Busy! Busy!

Salam guys! Again, all apologies for not writing lately. I have been busy doing a lot of running for the kids and taking care of home. And a bit busy meeting up with producers and business associates alike to discuss about future projects and stuff. Yes, I know, I should be resting... but, I'm going bonkers at home for not doing anything! Don't blame me ok, it's just too stressful knowing that you can't go around doing things at your normal pace! Adala rasa sakit sikit2.

Anyway, Vee is busy shooting with Tall Order Productions titled 'Ali Din'. Don't be surprised to see all of her new character, very interesting and funny! Something unlike her at all!! Well, you hear it first here! He!He! Ensemble of cast is good as well, with newcomer Fazrin playing the lead role opposite Umi Nazira; other cast involved is Vee herself, Hans Isaac (yes, the producer himself!), Datuk Aziz Sattar and many more. Scheduled to be out on TV3 end of this month! Be sure to watch ya!

Wokay.. ciao!!