Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan!

Bersawang! Itu yang dapat saya katakan tentang blog milik kami ini! Hahaha...punyalah lama tak jenguk sampai saya dah lupa yang saya dan Vee mempunyai blog tersendiri. Tahun ini bulan puasa datang menjenguk lagi dan saya rasa amat sesuai waktu ini digunakan untuk mengemaskini blog yang bagaikan dilapik dengan debu! Yalah..malam dalam bulan ramadhan ini panjang untuk kita gunakan atau memanfaatkan bagi tujuan beribadah! Selain dari itu, saya dapatlah juga menulis sedikit untuk blog 'Ke Bintang!' ini.

Vanidah sentiasa sibuk dengan urusan penggambaran Nona, sibuknya sehingga sukar untuk Vee mengambil tawaran lakonan, terutama sekali drama bersiri untuk TV yang sudah tentunya akan mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya. Tetapi tidaklah begitu sibuk sehingga tiada waktu untuk dirinya sendiri. Sebenarnya tugasan Nona serba sedikit memberi ruang untuk Vee bernafas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar 'mahasistua'. Apatah lagi peperiksaan akhir semester tinggal 2 minggu sahaja lagi!

Vee ini seorang pelajar yang cukup dedikasi, saya lihat cara dia yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai apa yang diimpikannya memang menjanjikan kejayaan untuk dirinya! Sepanjang saya berpasangan dengan Vee, dia memang seorang yang amat berdedikasi terhadap perancangannya. Pepatah 'usaha tangga kejayaan' amat sesuai sekali untuk insan yang bergelar 'Perempuan Melayu Terakhir' ini. Vee sentiasa bersungguh dalam usaha membina kerjayanya dan terbukti, Vanidah adalah seorang pelakon yang amat disegani dan dihormati atas dasar bakat dan pengalamannya dikala ini.

Diri saya? Tahun ini amat bermakna kerana saya berjaya menghabiskan pelajaran saya dan sekarang ini menanti saat untuk menerima segulung ijazah ketika konvo UPM kelak nanti! Memang tak sabar! Buat waktu terdekat ini saya sibuk untuk menghabiskan skrip filem pertama saya. Susah jugak nak siapkan skrip ini!

Walauapapun, saya dan Vanidah ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi penganut agama Islam. Moga Allah memberkati segala amalan kita yang kita lakukan sepanjang bulan puasa! Wassalam.

Rashidi Ishak

5 comments:

Ida Zuraida said...

wow! mmg bersawang.. bertaon nak nunggu new entri.. hehe pasni slalu2 la update k.. pepun shidi & vee, all the best to u both.. :-)

Ida Zuraida said...

jgn lupa letak la button follower for tis blog!

auntacu81 said...

baru follow lepas nampak artikel di panca indera... all da best to both of you...:)

cryclown said...

kalau abg tak masuk dlm pancaindera, kompom sy tak tau..hahhaa

Rashidi Ishak Vanidah Imran said...

itulah, boleh pulak diorang tulis kat pancaindera tu! :)