Salam rakan-rakan, renungkanlah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kalian seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kalian tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kalian (mengenainya) - sehingga menjadikan kalian menyesali apa yang kalian telah lakukan"
Dan juga:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani”. Surah Al-Hujuraat, Ayat 12.
No comments:
Post a Comment